Kuning

Hari ni dalam facebook
Ternampak post kawan lama
Kawan masa Universiti dulu
Kawan satu bilik
Ketawa sama-sama sebab kantoi buat business haram dalam kolej
Menangis sama-sama sebab kena rompak dan belasah kat belakang pwtc (nasib tak mati)
Susah sama-sama duit biasiswa lambat masuk makan nasik goreng dengan telor 1 bungkus share
Senang sama-sama habiskan duit profit business pegi enjoy kat genting hahaha..
Kawan rapat
Masuk alam pekerjaan hubungan renggang
Rasa jauh
Jarang berhubung
Kali terakhir aku call dia masa arwah isteri dia meninggal 2 tahun lepas

Semalam dia dapat anugerah pengiktirafan atas jasa beliau di peringkat negeri

Dia update dalam facebook...

Aku like dan comment "Tahniah Kuning!" 

2 minit kemudian dia reply "Terima kasih Merah!.. kau sumber inspirasi aku..."

*************************************
It reminds me of what Datin'sri said a few months back

"Kadang kita tak tau siapa yang perhatikan kita dan kadang kita tak tau siapa yang kita inspired.. probly your kids"

Thank you mama for reminding me and well done bro!

apei - budak kampung

p/s: kuning and merah tu nama yang kami panggil sesama kami. kami je guna. Orang lain panggil aku merah, hilang kapla! haha

Comments

Popular Posts