Skip to main content

Posts

Featured

324am

324am
Tersentak dari tidur
Berpeluh
Penghawa dingin masih terpasang
Suhu masih 22 darjah celcius
Jari telunjuk tangan kanan masih terasa kebas
Aku mimpi lagi
Akhir ni kerap mimpi
Mimpi yang rasanya seperti nyata

Beberapa bulan lepas
aku mimpi jatuh tersadong
Bila aku sedar
Benar2 rasa sakitnya disiku dan lutut
Sakitnya berhari juga
Ada juga aku bermimpi
Berbual dengan orang yang aku tidak kenali
Tentang apa aku tidak pasti
Dalam berbual itu aku merokok
Dan menghirup kopi kegemaran aku caremel machianto..
Tersentak dengan alarm handfon
Benar2 aku rasa nafas aku berbau rokok dan hujung lidah masih terasa ceremel machianto.

Tadi aku bermimpi hujung jari aku di patuk ular..
Ye sehingga aku menulis ini pun jari aku masih kebas.

Apa benar2 bila kita tidur itu roh kita keluar dan dia juga menikmati kehidupan seperti mana kita siang nya?

Aku perlu baca tentang tidur, roh dan mimpi...

Apei - budak kampung

Ada kalanya mimpi tentang sesuatu yg nikmat.. pun kenikmatan itu terasa hingga tersedar #…

Latest Posts

Kehilangan dan Kerinduan

A.K.U - II

Wish list